Laporan Kem Minda Kreatif 2
Tarikh : 15- 17 Disember 2008
Tempat : Jeram Mengaji
Peserta : 68 orang
Urusetia & fasilitator: 32 orang
Organisasi:
Penasihat : Cikgu Mahmud dan Dr. Arif
Penyelaras : Ruqaimi Rabbani b. Abdullah
Pengarah : Muhammad Fadhli b. Mohd Diah
Tim. Pengarah : Nur Aishah binti Mohd Rashid
Setiausaha : Zakiran b. Mahmud
Bendahari : Hajar Aisyah binti Abdullah @ Sudin
Ajk Makanan : Mohamad Zaki bin Mohamad Yusoff & Fatimah Azzahra binti Sharifudin
Ajk Pendaftaran: Mohd Zainuddin b Che Ismail & Nur 'Atiqah binti Lokman
Ajk Penginapan : Mohd Ikhwan b Baniyami & Nur Afiqah binti Fatas
Ajk Multimedia : Zakiran b. Mahmud & Ahmad Khairi b. Mat Ali
Ajk Logistik : Abdul Muktar b. Umar & Siti Zulaihah binti Md.Dan
Kem Komanden : Abu Ubaidah b.Musa
T.K.Komanden : Afwa Nisaee binti Mohd Noor
Fasilitator Lelaki:
MUGHIRAH B ABDULLAH
ABU UBAIDAH BIN MUSA
MOHD ZAINUDDIN B CHE ISMAIL
SOFIAN B JOSEPH
ANAS HARITHAH ABDULLAH
NIK HASSAN SYOKRI B NIK ZAINAL RASYED
ABDUL MUKTAR BIN UMAR
MOHD RAHFIE B HASSAN
AHMAD KHAIRI MAT ALI
MOHAMAD ZAKI BIN MOHAMAD YUSOFF
MOHD ZULKIFLI BIN ABD AZIZ
MOHD SHAHIR BIN HJ. ZAHARI
MOHD IKHWAN B BANIYAMI
MUHAMMAD ZAKIRAN MAHMUD
MOHD FAIZ B ZAKI@ZAHARI
Pada 15 hingga 17 Disember yang lalu seramai lebih daripada 100 orang peserta serta ursetia/fasilitator telah berkumpul di Jeram Mengaji untuk Kem Minda Kreatif 2. Tema KMK 2 kali ini adalah “Remaja dan Perubahan”. Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar. Terima kasih dan tahniah buat semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kem Minda Kreatif ini merupakan kesinambungan daripada Kem Minda Kreatif yang pertama. Kem ini menekankan aspek pembangunan modal insan remaja yang akan mewarisi kepimpinan negara di masa hadapan. Di dalam kem ini telah didedahkan kepada para peserta nilai-nilai Islam, aspek pengurusan diri, pembinaan jati diri dari segi mental fizikal dan juga spiritual. Fasilitator yang terlibat terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi daripada IPT di seluruh Malaysia yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang dan sahsiah yang terpuji.
Antara aktiviti yang menjadi kelainan di dalam KMK 2 ini ialah peserta mengikuti aktiviti outbound bermula seawal jam 3 pagi dan berakhir dengan memancing ikan keli. Peserta seterusnya memasak makan tengah hari mereka dengan hasil tangkapan mereka. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh penasihat Kem Minda Kreatif 2, Dr Mohd Ariff b Abd Rashid.
“Barang siapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang dibalas usahanya dengan baik”
(Al-Isra’: 18-19)
| |
|